Anatomi dan Fisiologi Mata

Mata adalah organ pancaindera manusia yang amat penting. Ia adalah  yang kompleks dan mata adalah satu struktur yang rumit yang melaksanakan pelbagai tugas. Ia menerima dan menghantar beribu mesej visual dalam masa seminit, secara automatik menyesuaikan kanta kepada keadaan cahaya yang berubah-ubah, menumpukan cahaya masuk dan menghasilkan cecair sendiri untuk pelinciran, pembersihan dan melawan jangkitan (The New Wellness Encyclopedia, 1995).

Keupayaan manusia melihat adalah bergantung kepada beberapa struktur didalam bola mata. Kefungsian mata adala sama seperti fungsi sebuah kamera. Setiap bahagian mata mempunyai fungsi yang tertentu untuk  membolehkan kita melihat. Imej yang yang t erhasil pada mata akan terus dihantar ke otak untuk ditafsirkan (Norshidah Mohd Salleh, 2012).

Secara kasarnya mata adalah berbentuk sfera, bergaris pusat 25 milimeter (lebih kurang 1 inci), berisi padu kira-kira 65 sentimeter padu dan beratnya kira-kira 7 gram. Mata manusia terletak pada rongga tulang tengkorak iaitu dikenali juga sebagai rongga mata atau rongga orbital (Shahrin Ismail, 1997)

Struktur mata mempunyai tiga lapisan utama iaitu lapisan luar, lapisan tengah dan lapisan dalam. Ketiga-tiga lapisan atau tunik ini terdapat bahagian-bahagian yang penting yang saling berkait rapat diantara satu sama lain.

 

Lapisan Luar berperanan untuk perlindungan bahagian bola mata yang lain daripada tekanan dan benda keras yang boleh menyebabkan kecederaan pada mata.5/6 bahagian posteriornya adalah berwarna putih (sklera) dan 1/6 bahagian anteriornya adalah transparen dan bentuknya melengkung (kornea).

Kornea

Kornea adalah sebahagian daripada sklera. Ia merupakan bahagian bola mata yang paling anterior dan juga tingkap bagi mata. Selain itu, ia juga adalah lapisan bening yang lutsinar. Kornea membolehkan cahaya menembusi dan mempunyai kemampuan untuk membiaskan cahaya untuk masuk ke dalam mata. Ia membantu untuk mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik dan jelas kepada individu yang tidak mempunyai masalah penglihatan pada bahagian kornea tersebut. Kerosakan kecil pada kornea boleh mnyebabkan kerosakan yang sangat serius.

Sklera

Skleraadalah mata putih yang kelihatan pada setiap mata. Ia melekat longgar pada koroid oleh tisu areolar berpigmen tapi melekat kuat pada badan siliari. Sklera terdiri daripada tisu kolagen yang padat. Ia kelihatan putih disebabkan oleh pembalikan cahaya banyak berlaku pada permukaan serat yang lutsinar, walaubagaimanapun keadaan ini tidak selalunya begitu.

Lapisan Tengah terdiri daripada salur-salur darah dan otot. Lapisan ini membekalkan makanan dan pada lapisan ini juga mengandungi iris dibahagian anteriornya dan koroid dibahagian posteriornya.

Koroid

Koroid adalah lapisan diantara sklera dan retina. Koroid adalah bahagian terbesar dari tunik pertengahan.  Koroid bermula dari saraf optic dibahagian belakang dan bersambung ke korpus silari di bahagian depan. Lapisan koroid merupakan lapisan berpigmen yang mengandungi banyak kapilari darah dan bewarna gelap. Ianya berfungsi untuk membekalkan makanan dan oksigen ke dalam retina.

Badan siliari

Badan siliari adalah bahagian paling tebal pada uvea. Ianya terdiri daripada susunan otot-otot halus yang dikawal oleh sistem saraf automatic. Badan siliari berfungsi menarik kanta melalui ligament gantung yang bersifat kenyal dan lutsinar. Tarikan tersebut akan menyebabkan bentuk mata berubah dan  dimodifikasikan  serta diakomodasikan mengikut keperluan. Sebagai contoh untuk melihat objek jauh dan dekat supaya dapat dilihat dengan jelas.

Iris

Iris merupakan bahagian tunik vascular mata yang paling depan. Ia adalah bahagian berwarna pada mata dan dibasahi dengan cecair yang dinamakan “aqueour humour” iaitu gelemair pada kedua-dua belah permukaan. Iris mempunyai pigmen melanin yang menentukan warna bagi mata. Untuk orang yang berkulit putih warna mata adalah biru kerana pigmen melanin pada bahagian iris posterior kelihatan berwarna biru. Manakala untuk orang yang gelap dan mempunyai lebih banyak pigmen warna iris mereka akan berwarna kelabu dan coklat. Bagi orang yang menghidap penyakit albinism, iris mereka tidak mempunyai pigmen dan mata mereka akan kelihatan berwarna merah kerana lapisan darah didalam salur darah koroid boleh dilihat. Iris terdiri dari otot-otot sirkular dan radial yang terdapat pada anak mata. Fungsi otot ini adalah untuk mengawal saiz anak mata apabila cahaya masuk kedalam anak mata. Kuantiti cahaya yang mencukupi sangat penting untuk hasilan ketajaman penglihatan.

Lapisan Dalam terdiri daripada retina yang mengandungi pigmen rodopsin (sel rod) dan iodopsin (sel kon).

Retina

Retina adalah lapisan yang paling dalam letaknya dan lapisan tunik yang bersaraf yang dikenali sebagai “nervous tunic”. Apabila kerosakan berlaku pada bahagian retina, maka kerosakan itu akan kekal dan tidak dapat dipulihkan seperti asal. Retina adalah satu struktur penting dimana kepekaan cahaya berlaku dan ianya adalah sebahagian sistem saraf pusat iaitu otak. Imej yang terfokus pada retina akan dihantar dalam bentuk impuls elektrik kebahagian penglihatan otak  oleh saraf optic. Retina mempunyai sel rod dan sel kon. Sel rod adalah sel penerima untuk penglihatan di siang hari. Ia juga dikenali sebgai penglihatan skotopik. Sel rod ini adalah sel yang paling banyak dimata manusia. Manakala sel kon pula adalah sel yang sensitif pada cahaya dan ianya terkumpul pada fovea. Ini adalah untuk penglihatan gelap. Ia juga dikenali sebagai penglihatan fotopik. Sel kon juga bertanggungjawab untuk penglihatan warna. Selain daripada yang disebutkan tadi, titik buta adalah bahagian yang tidak mempunyai sel-sel penglihatan. Sekiranya imej terfokus pada titik ini, tiada sebarang imej akan terbentuk.

Lain-lain bahagian mata:

Kelopak mata

Kelopak mata adalah struktur yang trdapat dibahagian anterior bola mata. Ia adalah amat penting untuk perlindungan mata dari benda tajam, peluh, benda asing dan sebagainya.. Kelopak mata mempunyai kefungsian untuk terbuka dan tertutup. Kelopak mata atas bebas bergerak berbanding dari kelopak mata yang bawah. Dibahagian kelopak mata ini terdapat bulu mata dipinggirannya. Kelopak mata atas mempunyai 100 urat bulu manakala kelopak mata bawah mempunyai 50 urat bulu. Kelopak mata ini akan tertutup setiap 16 detik untuk membasahi mata supaya tidak kering.

Cairan Lakrima (Airmata)

Air mata terhasil dari saliran kelenjar lakrimal, salur lakrimal dan pundi lakrimal. Fungsi air mata adalah untuk perlindungan daripada jangkitan bakteria. Lisosom dan laktoferin bertindak sebagai antibakteria. Selain itu, fungsinya juga adalah untuk optikal. Ianya penting untuk mempertahankan kesempurnaan permukaan kornea dan mata tidak menjadi kering.

Gelemaca (Vitreous Gel)

Glemaca adalah cecair jernih dan separuh pepejal. Ia bersifat lembut dan mengandungi gelatine yang berkaca tanpa warna yang mengisi 4/5 bahagian rongga bola mata. Cecair glemaca ini berfungsi untuk memelihara bola mata yang berbentuk sfera dan tetap. Selain itu, ia juga bersifat lutsinar untuk memudahkan cahaya untuk menembusinya dan berbentuk sfera. Sekiranya berlaku pendarahan pada bahagian ini, maka penglihatan akan terjejas dan terhalang.

Kanta Kristalin

Kanta kristalin merupakan satu struktur yang lutsinar. Pada kanta ini tidak mempunyai bekalan darah. Bekalan oksigen datangnya dari gelemaca dan gelemair. Kanta kristalin dibentuk oleh sejumlah lamina yang sepusat. Kanta kristalin menjadi lebih keras apabila meningkat dewasa dan kurang kenyal. Apabila ini berlaku, keupayaan untuk melihat objek yang lebih dekat akan berkurang. Juga, ketika meningkat usia, kanta kristalin akan menjadi kurang dan keladak akan terbentuk yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami katarak. Selain itu, proses akomodasi juga akan berkurang semasa usia meningkat dan keadaan ini boleh menyebabkan individu tersebut mengalami masalah rabun yang dikenali sebagai presbiopia.

Anak Mata (Pupil)

Anak mata merupakan lubang yang terdapat diselaput iris. Anak mata adalah sangat penting kerana ia membolehkan cahaya masuk ke dalam bola mata secara reflex. Saiz anak mata akan berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi. Bagi situasi gelap, akan mata akan membesar dan akan mengecil untuk situasi yang terang. Perubahan anak mata ini adalah sangat penting dalam diagnosis klinikal. Tindakan anak mata membesar dan mengecil adalah tindakan spontan dan automatik mengikut keadaan sekitaran dan situasi penglihatan digunakan.

 

Otot Mata

Terdapat tujuh otot ekstrinsik yang ada diluar bola mata. Antaranya ialah rektus medial, rektus lateral, rektus superior, rekrus inferior, oblik inferior, oblik superior dan levator palpebrae superioris. Otot oblik adalah otot yang terpendek dan berfungsi untuk elevasi. Manakala otot superior pula adalah otot paling panjang. Sekiranya berlaku kerosakan pada otot-otot ini, orang tersebut akan mengalami masalah juling dan proses untuk fokus akan terganggu dan tidak boleh melihat objek dengan jelas.

Saraf Optik

Saraf optik merupakan kumpulan saraf yang bersambung ke otak. Ada dua saraf optik yang menyalurkan maklumat penglihatan dari mata ke otak. Dua saraf tersebut bertemu dan membentuk optic chiasma dibahagian otak. Fungsi saraf optic adalah untuk menghantar maklumat kepada otak mengenai dengan objek yang dilihat. Walaubagaimanapun, jika ada kerosakan berlaku pada satu bahagian mata maka mata tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan saraf optik tidak boleh menghantar maklumat ke otak.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s