Punca-Punca Penyakit Mata

  1. 1.      Myopia

 

Myopia bemaksud rabun jauh. Myopia terjadi disebabkan oleh ralat pembiasan dimana imej ataupun objek difokuskan dihadapan retina mengakibatkan ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas. Seseorang yang mempunyai masalah myopia ini hanya akan boleh melihat dengan jelas objek yang dekat sahaja. Walaubagaimanapun, ianya boleh diperbetulkan dengan menggunakan kanta ataupun cermin mata cekung. Myopia ini sering berlaku dikalangan kanak-kanak (Norshidah Mohd Salleh, 2012).

 

Antara penyebab-penyebab myopia adalah membaca, menulis, membuat kerja dekat dan terlalu lama, pengambilan makanan yang tidak seimbang, faktor keturunan, melihat skrin komputer terlalu lama dan sebagainya. Walaubagaimanapun, punca-punca yang tersebut tadi tidak diketahui sejauh mana kebenarannya. (Shahrin Ismail, 1997).

 

Rabun jauh berlaku apabila bola mata menjadi terlalu panjang atau akibat kornea yang terlalu melengkung yang menyebabkan cahaya memasuki mata tidak dapat difokuskan di retina dengan baik. (Shahrin Ismail, 1997)

 

Terdapat dua jenis myopia iaitu myopia aksial dan myopia refraktif. Myopia aksial adalah keadaan myopia yang disebabkan oleh bola mata yang panjang akibat daripada sesuatu sebab seperti posterior stafiloma. Manakala, myopia refraktif pula adalah keadaan myopia yang disebabkan oleh perubahan refraktif pada kornea atau kanta kristalin pada mata yang normal. Keratokonus adalah penyebab yang membolehkan terjadinya myopia refraktif ini. Keratokonus adalah situasi apabila kuasa refraktif kornea meningkat (Donald S.Rehm, 1981)

 

Antara tanda-tanda seseorang individu tersebut mempunyai masalah rabun jauh ialah apabila individu terss objek yang jauhukarann untuk melihat dengan jelas objek-objek yang jauh. Selain dari itu, apabila seseorang itu mengecilkan mata untuk memfokuskan dan melihat objek-objek yang berjarak jauh. Dengan seseorang individu tersebut mengecilkan matanya, dia boleh melihat sesuatu objek yang difokusnya dengan jelas. Kurang berminat ataupun kurang aktif bermain diluar rumah juga adalah salah satu tanda individu tersebut mempunyai masalah rabun jauh (Shahrin Ismail, 1997).

 

Rawatan-rawatan untuk rabun jauh adalah seperti pemakaian cermin mata, kanta lekap, pembedahan menggunakakn “excimer laser” bagi membetulkan myopia dengan prosedur yang dipanggil “photorefractive keratectomy”. Pemakaian kacamata adalah tidak menyembuhkan penghidap yang mengalami masalah rabun jauh. Bahkan ianya hanya membetulkan masalah rabun jauh untuk seseorang tersebut melihat seperti keadaan mata yang normal. Pemakaian kacamata secara berterusan boleh mengelakkan masalah rabun jauh ini dari semakin teruk. Manakala pemakaian kanta sentuh ataupun kanta lekap juga memainkan peranan seperti pemakaian kacamata tadi. Pemakaian kanta lekap boleh membantu penglihatan seseorang itu menjadi penglihatan normal. Manakala rawatan penbedahan “excimer laser” pula hanyalah bersesuaian bagi pesakit yang dewasa. Sekurang-kurangnya umur pesakit tersebut 21 tahun dan darjah keterukan myopianya adalah ditahap sederhana atau tidak teruk. Antara lain untuk seseorang tersebut ingin membuat pembedahan ini ialah individu tersebut hendaklah tidak mempunyai masalah penyakit mata yang serius, tidak menghidapi penyakit tisu dan tidak mempunyai penyakit yang serius seperti diabetes.

 

Berikut adalah gambar rajah keadaan myopia dan kanta cekung yang digunakan untuk membetulkan ralat pembiasan myopia ini.

 

  1. 2.      Astigmatisme

 

Rabun silau atau astigmatisme ini berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus. Menurut Al Lens (2005), astigmatisme ini adalah disebabkan oleh permukaan bentuk kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja. Imej yang terbentuk kurang jelas dan tepat dan menyebabkan pengurangan dan ketepatan penglihatan. Oleh yang demikian penglihatan akan menjadi silau (Norshidah Mohd Salleh, 2012).

 

Kebanyakan mata manusia mempunyai masalah astigmatisme sekurang-kurangnya sedikit darjah (Shahrin Ismail, 1997). Antara penyebab-penyebab astigmatisme adalah disebabkan oleh kelengkungan kornea. Jenis astigmatisme ini adalah dipanggil sebagai astigmatisme mengikut peraturan atau oblique (Al Lens, 2005). Selain dari itu, astigmatisme juga boleh berlaku disebabkan oleh inflamasi pada kornea, parut pada kornea, ulser pada kornea, kecederaan pada kornea, kelopak mata yang bengkak, kanta kristalin berubah kedudukan dari posisi asal dan perubahan refraktif kanta kristalin.

 

Secara rumusan, astigmatism ini adalah disebabkan oleh ketidaksamarataan permukaan kornea pada bentuknya, penyakit yang mengubah bentuk permukaan kornea dan sebagainya. Akan tetapi, astigmatisme juga boleh berlaku disebabakan oleh peralihan tempat fovea permukaan retina yang tidak normal (Shahrin Ismail, 1997).

 

Menurut Shahrin Ismail (1997), antara gejala-gejala yang kerap dihidapi oleh penghidap astigmatisme adalah mengalami masalah kabur penglihatan dan imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas. Selain itu, merasa perit pada bahagian mata. Ianya berlaku kerana ketegangan berterusan akibat proses akomodasi. Merasa sakit kepala dimana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza terjadi akibat astigmatism iaitu dari keadaan sakit yang sederhana dibahagian depan kepala hingga sakit yang teramat sangat. Mata merasa mudah letih dan mata merasa tidak berapa selesa.

 

Keadaan astigmatisme ini boleh dibetulkan seperti keadaan myopia dan hyperopia. Astigmatisme ini boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta silidendrikal yang sesuai.

 

  1. 3.      Hyperopia

 

Hyperopia juga dikenali sebagai rabun dekat. Hyperopia adalah keadaan dimana objek yang jauh boleh dilihat dengan jelas dan terang manakala objek yang dekat dilihat kurang jelas dan tidak dapat difokuskan dengan baik. Penghidap hyperopia ini hanya boleh melihat objek yang jauh dengan jelas berbanding melihat objek yang lebih dekat. Proses akomodasi dalam situasi sebegini.

 

Rabun dekat boleh berlaku akibat perubahan pada kelengkungan permukaan media refraktif mata. Selain itu hyperopia juga berlaku akibat pengurangan dalam refraktif efektif kanta kristalin yang biasanya berlaku secara fisilogikal bagi orang tua.

 

Hiperopia boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu hiperopia biasa, hiperopia patologi dan hiperopia fungsional.

 

Hiperopia biasa terjadi dari variasi biological yang normal dan umur yang tua boleh berlakunya keadaan hiperopia ini. Bagi hiperopia patologi pula berpunca daripada kelainan congenital ataupun akibat dari ketumbuhan. Manakala hiperopia fungsional adalah disebabkan oleh pengaruh proses akomodasi. Kontraksi otot siliari semasa proses akomodasi tersebut akan meningkatkan kuasa refraktif kanta kristalin dimana darjah hiperopia boleh dibetulkan.

 

Tanda-tanda seseorang itu mempunyai masalah rabun dekat ialah seperti mengalami penglihatan yang kabur dimana mereka tidak mampu untuk melihat objek yang dekat dengan jelas dan terang seperti membaca buku. Keupayaan akomodasi menurun semakin usia meningkat. Disamping itu, gejala perit mata juga akan berlaku sekiranya penggunaan akomodasi yang berterusan untuk penglihatan yang jauh. Selain itu, penghidap hiperopia juga akan mengalami sakit sakit kepala sama seperti penghidap astigmatisme dan myopia. Sakit kepala akan berlaku apabila mata digunakan untuk melihat objek yang lebih dekat. Walaubagaimanapun, sakit kepala ini akan hilang apabila berhentinya penggunaan mata untuk melihat objek yang dekat. Bagi penghidap hiperopia ini jua, penghidap akan merasa sensitif pada cahaya.

 

Walaubagaimanapun, hiperopia ini juga boleh dibetulkan dengan menggunakan alat bantuan optikal. Kanta cembung digunakan untuk membetulkan hiperopia.

 

Berikut adalah gambar rajah keadaan hiperopia dank anta cembung yang membetulkan hiperopia.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s