Kursus dan Kuliah Teknologi Pendidikan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kuliah teknologi pendidikan bermula pada minggu pertama semester dibuka iaitu pada 14 September 2012 (Setiap hari Jumaat). Pensyarah yang mengajar untuk kursus ini adalah terdiri daripada Mejar Jasmy Bin Abdul Rahman, Encik Mohd Yusoff Bin Daud, Puan Fariza Binti Khalid dan Dr. Mohd Arif Bin Ismail. Manakala tutorial untuk kursus teknologi ini pula bermula pada minggu ke empat semester bermula.

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Pelajar juga didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihan dan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga dimensi, transperansi, fotografi, filem slaid, audio, video dan sebagainya bagi tujuan pengajaran-pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan. Kursus ini dikendalikan secara kuliah, tutorial, latihan amali aplikasi bahan sumber media dan tugasan individu.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s