Cara Mengesan

Mok (2010) menyatakan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri berikut:

a)      Mempunyai kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan tulis.

b)      Sering membaca buku secara dekat.

c)      Sering mengesat matanya.

d)     Mata kelihatan kemerah-merahan.

e)      Mata juling.

f)       Sering berasa pening kepala.

g)      Mata amat sensitif terhadap cahaya.

h)      Tidak dapat membaca dalam tempoh lama.

Disekolah, guru-guru juga boleh mengesan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan ini dari hasil kerja mereka. Aduan dari pelajar tidak boleh melihat dengan jelas apa yang tertera dipapan putih pada jarak yang jauh yang mana menyebabkan murid-murid ini tersalah ejaan ketika menulis ataupun menyalin perkataan. Jika perkara ini berlaku, murid tersebut hendaklah dirujuk ke klinik mata untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Disamping itu, pihak sekolah juga berperanan penting untuk mengesan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan ini. Usaha yang dibuat akan dapat membantu murid-murid yang didapati mempunyai masalah penglihatan ini mendapatkan rawatan yang sesuai. Lazimnya, penilaian diperingkat sekolah dijalankan dengan kolaborasi Kementerian Kesihatan. Pegawai perubatan dan jururawat kesihatan akan datang ke sekolah dan akan menjalankan ujian dan pemeriksaan mata kepada setiap murid. Carta Snellen adalah saringan awal yang digunakan untuk mengenal pasti murid-murid tersebut mempunyai masalah penglihatan. Jika murid-murid yang dikenalpasti tersebut mengalami masalah penglihatan dan mendapat rawatan dan pemulihan dengan segera, maka masalah pembelajaran yang berkaitan dengan penglihatan akan dapat diatasi.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s