Kategori

Terdapat dua kategori masalah penglihatan ini iaitu masalah kebutaan dan rabun (low vision) iaitu disebut juga dengan penglihatan yang terhad (Jamila K.A. Mohamed, 2006). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebutaan ialah darjah penglihatan kurang dari 3/60 pada mata yang terbaik ataupun daya ruang penglihatan yang kurang daripada 10° setelah menerima pembedahan, rawatan ataupun pembetulan biasan. Manakala, rabun pula ialah apabila penglihatan individu kurang dari 6/18. Individu ini boleh melakukan tugasan sehariannya dengan deria penglihatannya yang ada.

Tahap kecacatan individu adalah berbeza diantara satu sama lain. Ada individu yang tidak boleh melihat langsung yakni mengalami masalah kebutaan sepenuhnya, mempunyai persepsi cahaya, penglihatan pada tahap pergerakkan tangan, tahap bilangan jari dan rabun (mempunyai masalah penglihatan yang terhad). Walaubagaimanapun, kecacatan ini boleh dikategorikan kepada tiga tahap berlainan berdasarkan keupayaan dan kefungsian penglihatan individu tersebut dan melalui hasilan kerja yang menggunakan penglihatan. Antaranya ialah:

a)      Tahap ringan iaitu dimana kanak-kanak ini boleh menghasilkan kerja yang memerlukan hasil tugasan seperti kanak-kanak tipikal yang lain  dengan menggunakan peralatan yang khas dan khusus serta pencahayaan khas.

b)      Tahap sederhana iaitu dimana kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan  ditahap ini memerlukan masa tambahan dan panjang untuk mewnghasilkan sesuatu tugasan berbanding kanak-kanak tipikal yang lain. Namun, hasil kerja yang mereka buat adalah kurang memuaskan dan kurang tepat.

c)      Tahap teruk ialah dimana hasilan tugasan kanak-kanak ini adalah teruk dan sangat kasar.

Kecacatan penglihatan bagi setiap individu adalah tidak sama. Terdapat individu yang mempunyai tahap penglihatannya bertambah baik selepas menjalani rawatan ataupun menggunakan alat bantu melihat dan ada individu mengalami masalah penglihatan semakin teruk dan ada yang tahap kesrosakan masalah penglihatannya adalah ditahap kekal.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s